Wednesday, January 14, 2009

Breadmaker








Alhamdulillah akhirnya dapat juga aku memanafaatkan breadmakerku yang telah sekian lama tak bersentuh. As for 2nd try aku guna resepi basic bread so menjadi. Paling girang rasanya dapat menjamu keluarga dengan roti hasil buatan sendiri "halallan toiyibba". Marsya pulak bukan main suka nak2 kalau disapu dengan tuna. Makan pulak time masih panas pergggg... sunggguh menyelerakan.

Monday, January 12, 2009

2009 - Permulaan Bagi Kehidupanku Sebagai Suri Rumahtangga

2009 - mencatatkan sejarah dalam hidupku dengan menjadi suri rumahtangga sepenuh masa. Selama 15 tahun aku mengimpikan saat2 ini. Terlalu banyak perkara yang nak dibuat tapi masa amat singkat sekali. Aku mulakan hariku seawal 5.45 pagi bangun siapkan sarapan serta bekalan buat suami & Marsya. Alhamdulillah syukur aku padaNya kerana telah memakhbulkan permintaan kami agar Afnan dapat masuk ke asrama walaupun bukanlah sekolah berasrama penuh. Harapan kami dia boleh menyesuaikan dirinya di sana, inysyaallah.

Seronok sangat dapat menghantar sendiri Marsya ke sekolah. Riak di wajahnya jelas terpancar keriangan bila ibunya sendiri yang menghantar & menjemputnya. Alhamdulillah masa yang ada di antara pukul 8.00 pagi hingga 3.30 ptg tu aku cuba manafaatkannya sebaik mungkin. Selain cuba menguruskan hal2 rumahtangga, aku juga sempat menggandakan lagi ibadahku buat bekalan di hari kemudian.

Ramai yang cakap kalau sudah tidak bekerja rasa bosan akan datang. Tapi rasanya tidak buatku. Mungkin hati kecilku memang menunggu saat2 ini.