Wednesday, November 17, 2010

Salam Eid Adha




Ucapan Selamat Eid Adha kepada kaum keluarga, sahabat handai serta seluruh muslimin & muslimat. Semoga kita mendapat keberkatan daripadanya, insyaAllah.

Terasa kerinduan yang menghampiri diri ini. Pengalaman 3 tahun lepas menjalani ibadah haji bersama-sama suami terasa begitu pantas berlalu. Semoga kami dapat mengekalkan malah mempertingkatkan amalan kami.

Friday, October 22, 2010

Kancil oh! Kancil

Pagi-pagi lagi Kancil dah buat hal. Mungkin bateri dah lemah so almost 1/2 of the day tersadai tepi jalan. Glamour sekejap jadi model kereta yang dah takkan dikilangkan lagi oleh Perodua. Mujur ada jiran-jiran yang perihatin sanggup call & hulurkan bantuan. Allah permudahkan segalanya, Terima kasih semua yang membantu, jasa kalian amat kami hargai.

Sunday, August 22, 2010

17


Semoga Allah memanjangkan jodoh kita hingga ke hujung nyawa. Terima kasih di atas segalanya. Sama-samalah kita layari kehidupan di dunia ini menuju ke alam yang kekal abadi. Diharapkan diizinkanNya kita dipertemukan semula, insyaAllah.

Wednesday, August 18, 2010

Hamper Telekung


Alhamdulillah biz telekung ni boleh dikatakan tiap2 bulan ada orang order, mungkin ada barakahnya. Baru-baru ni ada a fren of mine order 2 helai telekung ziarah for her MIL & berhajat minta buatkan special delivery right to her MIL's doorstep. Tqsm Zue, you're one of my valued customer. To those interested please let me know ya!


Monday, August 9, 2010

Cupcakes Zura




Zura tqsm for the resepi. Sedap juga! Tapi since kismis yang ada di rumah so kismis la ku letakkan.

Bingka Jagung Resepi Bondaku




Actually dah lama buat bingka jagung ni tapi ada problem dengan uploading the photo. Ni baru boleh nak share the story. Bingka ni kegemaran kekandaku Mohd Zainuddin, resepi bondaku Wan Nah.

Saturday, June 26, 2010

41

Syukur Alhamdulillah diberikanNya peluang untuk mencecahkan usiaku ke angka ini. Tiada apa yang ku harapkan melainkan dikurniakan dengan niqmat kesihatan & kebahagian dalam meniti hari-hari mendatang demiMu yang Maha Esa.
Ucapan terima kasih kepada ahli keluarga serta sahabat handai yang tak jemu-jemu memberi ucapan tahniah dsbnya. Ingatan kalian amat dihargai.

Wednesday, May 19, 2010

Kuih Bakar

Bancuhan for 2 adunan untuk event yang sebenarnya
telah tersalah tarikh .... maklumlah sejak tidak berkerja
tarikh memang selalu bawa masalah yang besar
pada saya


Hemmm .... rasanya dah lama betul tak update blog. Antara tiada idea, masa & kadang-kalanya internet buat hal. Apa-apa pun kali ni saja buat posting on this my trial of making the "Kuih Bakar". Sebenarnya ini merupakan cubaan kedua. Looks ok, cuma patut digaringkan lebih sedikit di bahagian atasnya. Resepi??? Got it from far, Gee (Riyadh), tqsm.

Monday, February 1, 2010

1st trial cupcakes (Auntie Grace Recipe)

Nah! Siap untuk dimakan

Hidangan sabar menanti kepulangan ahli keluarga tercinta




Caremel dibuat ikut kaedah "steam bake"


Next time kena kurangkan tepung so that tak lah merekah




This is my 1st trial buat cupcakes resepi given by Auntie Grace. Sukatan semua pakai cups & spoon so very simple cuma rasanya kena kurangkan sikit tepung so that dia tak merekah di atas & maybe lebihkan sikit gula since got some comments from hubby that it should be manis sikit, which I think its true enough. Sebagai sampingan since entah kenapa pada hari tu terlebih rajin so teringan nak try buat cream caremal using steam bake method. cuma tak guna whipping cream as per the original receipe given. Tapi menjadi juga cuma mungkin perlu tambahkan masa lebih sikit sikit baking it.

Happy Belated Birthday!

"Birthday Boys" Shafiq & Haziq

To Shafiq & Haziq "Happy Belated Birthday" to both of you. Sorry, Ateh terlewat nak update blog ttg birthday party both of you on last 24 Jan 2010. Anyway harap dikurniakan hari-hari yang indah di samping Mama & Bapak. Dapat birthday gift apa form Mama & Bapak?


"Birthday Boys" together with the younger cousins

Monday, January 18, 2010

Kek Gulung

Hasil percubaan pertamaku


Percubaan pertama buat kek gulung. Is - tqsm kasi resepi tempohari. Hasilnya boleh tahan juga since sekali hadap jer dah selesai kami anak-beranak makan. Nampak gayanya selepas ini kena buat 2 adunan lah, baru cukup.



Kek gulung yang telah dipotong & sedia dimakan