Saturday, August 22, 2009

16

16 tahun melayari bahtera bersama suami tercinta. Terasa begitu cepat masa berlalu, tetapi itulah hakikatnya. Sesuatu yang pasti kita tidak berupaya mengulangi masa yang berlalu pergi. Yang pasti jarak waktu yang berbaki ini ingin dilalui dengan penuh rasa keinsafan serta cuba sedaya upaya menyemai rasa kasih sayang yang lebih mendalam di antara kami. Semoga dimakhbulkanNya, InsyaAllah.
Abang ucapan "Jutaan terima kasih buatmu yang sentiasa membimbing diri ini yang serba kekurangan, semoga Dia sahaja yang mampu membalasnya. Bersamalah kita lalui hari-hari yang berbaki ini sebagai suatu ibadah demi menuju ke suatu destinasi yang hakiki".