Monday, November 2, 2009

Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Tahun!

To Marsya : Ibu & Ayah doakan semoga adik berjaya dengan cemerlang.

To Afnan : Perbaiki kelemahan yang lalu ya!

Pesanan Ibu dan Ayah "Allah sentiasa bersama orang-orang yang sentiasa berusaha & sabar"

Monday, October 5, 2009

Birthday wish to my hubby

"Selamat Ulang Tahun" Ina ucapkan semoga diberkati hidup dengan bertambahnya usia Abang. Maaf tiada hadiah istimewa tahun ni since kalau beri hadiah pun Abang juga yang akan membayarnya so sekadar ingatan dan ucapan yang tulus ikhlas daripada seorang isteri.

Saturday, August 22, 2009

16

16 tahun melayari bahtera bersama suami tercinta. Terasa begitu cepat masa berlalu, tetapi itulah hakikatnya. Sesuatu yang pasti kita tidak berupaya mengulangi masa yang berlalu pergi. Yang pasti jarak waktu yang berbaki ini ingin dilalui dengan penuh rasa keinsafan serta cuba sedaya upaya menyemai rasa kasih sayang yang lebih mendalam di antara kami. Semoga dimakhbulkanNya, InsyaAllah.
Abang ucapan "Jutaan terima kasih buatmu yang sentiasa membimbing diri ini yang serba kekurangan, semoga Dia sahaja yang mampu membalasnya. Bersamalah kita lalui hari-hari yang berbaki ini sebagai suatu ibadah demi menuju ke suatu destinasi yang hakiki".

Tuesday, July 21, 2009

Zarina's Pizza


Dah lama betul tak update blog. Bukannya apa sibuk sikit tapi tak tahu apa yang sibuk sangat tu. Last week cuba buat pizza tapi jangan tak tahu bukannya sendiri ulu tapi my breadmaker yang tolong ulikan. Cubaan pertama "sedap" kata anak-anak & hubby. On Sunday buat lagi for Intan Nur Izzati's (niece) birthday.

Saturday, June 27, 2009

Meniti Usia 40an


Angka 40, mampukah aku cuba memperbaiki diri di kala usia sudahpun menempuhnya? Sentiasa berdoa agar Allah memberikan diri ini kekuatan luaran serta dalaman agar dapat memanafaatkan sisa-sisa usia yang kian hampir ke destinasi yang hakiki. Ya Allah! Kau permudahkanlah segala perjalanan kehidupanku ini. Ya Allah! Kau ampunilah segala dosa-dosa yang aku lakukan sepanjang hayatku. Ya Allah! Kau berkatilah segala amalanku. Harapan agar sentiasa diberikan niqmat kesihatan yang berpanjangan agar mampu menjalan tugas-tugas seharian yang telah Kau amanahkan.

Thursday, June 25, 2009

Rindu Aroma Masjidil Haram




Tanyalah pada sesiapa saja yang pernah menjejakkan kakinya ke Mekah & Madinah pasti terbayang kenangan di sana. Baik yang tua mahupun yang muda. Kini, dalam kesibukan jemaah haji pada tahun ini menyiapkan diri masing untuk menyahut seruan yang Maha Esa pasti hatiku tercuit rasa kerinduannya. Manik-manik putih amat cepat sekali mengalir jatuh ke pipi. Ya Allah! Aku rindu sekali aroma Masjidil Haram serta kedamaian Masjid Nabawi. Setiap hari doaku agar direstukanNya untuk kembali ke sana. Perasaan rindu mengalahkan kerinduan kepada seorang kekasih.

Esok, InsyaAllah aku bakal menyiapkan persiapan seorang lagi saudara kandungku yang bakal menyahut panggilanMu. "Permudahkanlah segala urusan mereka Ya Allah". Hati ini terasa puas walaupun hanya dapat membantu sedaya yang mampu. Terasa seolah-olah diri ini yang bakal melangkah pergi. Nostalgia di setiap lokasi pada setiap detik masih segar biarpun pengalaman itu telah berlalu hampir 2 tahun yang lalu.




Wednesday, June 24, 2009

Travelog Haji & Travelog Dakwah


Subhanallah!

Tersentak hati ni bila dah tamat baca buku-buku Prof Dr Muhd Kamil (Travelog Haji & Travelog Dakwah). Terkesan sungguh rasanya. Langsung tak terasa yang 2 buah buku tu mampu dihabiskan dalam masa tak sampai pun 4 hari. Kalau dulu nak habiskan sesebuah buku tu Ya Allah, Dialah yang maha mengetahui betapa lamanya. Mungkin ini salah satu niqmat yang diperolehi sejak bergelar suri rumahtangga.

TQ Prof kerana menghasilkan buku-buku motivasi yang berbentuk keislaman yang mampu menyentap hati kecil kebanyakan yang membacanya. Tak sabar rasanya nak tunggu hasil nukilan Prof yang seterusnya. Disarankan kepada sesiapa yang belum membacanya, cubalah baca. Bahasa yang santai, mudah difahami bagi orang kebanyakan. Yang paling penting bisa menitiskan airmata seseorang bukannya kerana pengalaman beliau tetapi lebih kepada mengkaji diri sendiri sejauh mana tanggungjawab kita terhadap PenciptaNya.

Monday, June 22, 2009

Lemon Rosemary Grilled Chicken



Sementelah anak bujang kami balik from asrama, terlintas di fikiran nak buat grilled chicken ni. Daun rosemary dah lama beli so kena cari ayam saya. For a start, minta tolong Nor Rudzi belikan 1/2 ekor (jadi ler buat kami 4 beranak untuk makan malam saja). Terima kasih Nor, jasamu dikenang tapi nak hulur seketul dah tak sempat, sedap kot anak2 makan habis. Tak apa nanti bila senang boleh buat lagi & itu jugak permintaan anak2. Alhamdulillah menjadi pulak tu, ditambah pulak potato salad + jagung bakar (alahai ada pun 2 jantung, boleh ler potong 2 so dapatlah 4 ketul). TQ to "Resepi Diana", cumanya instead of pakai seekor ayam, tapi just guna 1/2 ekor & dipotong 4 ketul. Tak lupa juga thanks to Mak Bonda yang tolong jawab on how long should I marinate ayam tu. Agaknya masa tu Mak ada di Trengganu bermain2 dgn penyu kot? Nak resepi? Silalah ke Blog "Resepi Diana", cari di western food rasanya, terlupa la pulak, maaf ya!

Monday, June 15, 2009

Bacaan Yassin

Alhamdulillah, syukur kehadrat PenciptaNya.

Seperti yang dihajati, dapat juga program ini dijalankan di rumahku pada hari Selasa (9 Jun 2009) jam 3.30 petang walaupun sepatutnya dijadualkan pada 3.00 petang. Ini adalah kerana hujan turun sebelum itu serta kelewatan Ustazah Norhayati tiba (nota : pertama kali beliau ke Bkt Sentosa). Seramai 10 orang jemaah Muslimah telah menghadirkan diri demi ingin menimba ilmu yang telah diusahakan oleh Biro Muslimah, Surau Ros 2. Ikutkan perancangannya program ini akan dijalankan setiap hari Selasa pada minggu pertama setiap bulan. Selain bacaan surah Yassin turut diselitkan juga tazkirah ringkas selama 30 minit.

Pada petang itu juadah ringkas turut dihidangkan kepada para jemaah yang hadir iaitu Maccaroni goreng, Karipap, Chocholate Chip Muffin, buah pisang serta Teh "O" sebagai pembasah tekak & pengalas perut.

Ucapan jutaan terima kasih ingin ditujukan kepada Ustazah Norhayati serta jemaah Muslimah yang telah hadir tempoh hari.

Cerita Cuti Sekolah

Di awal percutian kami sekeluarga pulang ke Sg. Petani, Kedah. Rindu sangat nak jumpa mak. Anak-anak pula rindu dengan sepupu-sepupu mereka. Tak banyak aktiviti yang kami jalan sewaktu di sana, ini kerana dugaan yang Allah Taala berikan kepada kami. Namun kami redha, mungkin ada hikmah di sebaliknya. Suamiku tiba2 diserang sejanis penyakit yang tak dapat dikesan walaupun menjalani ujian X-Ray & Scan. Kesian sungguh tengok dia menahan perit kesakitan namun apakan dayaku, yang termampu hanyalah menemaninya ke klinik & Hospital Pakar Metro setelah dicadangkan oleh 2 orang doktor dari 2 klinik yang berlainan.
Kami pulang ke Bkt Sentosa pada hari Khamis tetapi satu lagi musibah menimpa ketika mengutip rambutan pada pagi tersebut, suamiku terkena pula sengatan tebuan. Ya Allah! Terpaksalah dikejarkan pula dia ke klinik bagi mendapatkan suntikan (2 suntikan pula tu!). Seperti yang telah dirancang Afnan & Marsya kami tinggalkan di sana sementelah mereka ingin ikut rombongan dari Sg Petani ke Melaka. Tinggallah kami berdua .... honeymoon selalu!

Friday, May 22, 2009

Kisah Orkid Lagi


Minggu ini langsung tidak berkesempatan untuk membelek pokok-pokok di halaman rumah. Dalam pada itu hati terpanggil untuk mencoretkan catatan tentang koleksi yang terbaru diberikan oleh Mak. Tentang namanya memang sesuatu yang amat lemah untuk diingati. Nak dibuat sedikit penyelidikan pun masih belum diizinkan. Tetapi kegirangan hati memaksaku mencoretkan tentang orkid ini. Harap ia akan hidup menghijau serta kerap berbunga. Hajat dihati ingin menambahkan lagi koleksi orkidku tapi tunggu lah di masa yang bersesuaikan.

Setiap kali lalu di Jalan Sg Choh, ada dijual pelbagai jenis orkid di situ. Kedudukannya bersebelahan gerai buah-buahan bertentangan stesyen minyak Shell. Hati ini melonjak-lonjak kegirangan. Cantik-cantik sungguh orkid-orkid di situ. Itu belum lagi ke Taman Orkid Antarabangsa di Serendah. Mau gila dibuatnya!

Monday, May 18, 2009

"Selamat Hari Guru"


Harap masih belum terlewat bagi kami mengucapkannya kepada semua guru-guru yang pernah mencurahkan keringat dan bakti mereka yang terhingga kepada kami. Tanpa mereka mungkin kami tidak akan ke mana. Syukur Alhamdulillah!

Di ruang maya ini ingin saya ucapkan ucapan keramat ini kepada semua guru-guru saya di Tadika Kemas, Masjid Abd Rahman, Sekolah Rendah & Menengah Father Barres Convent, Sg Petani, Sekolah Menengah Teknik, TAR, P. Pinang, Sekolah Menengah Ibrahim, Sg Petani.

Ucapan Jutaan terima kasih juga ingin disampaikan kepada semua guru suami saya di Sekolah Rendah (L) Jln Batu, KL, Sekolah Menengah Maxwell, KL.

Bagi pihak Afnan pula, ucapan ini ditujukan kepada semua guru-guru di Tadika Rasyad, Wangsa Melawati, SRK Wangsa Maju Seksyen 2, K. Lumpur dan SMK Segambut Jaya, K. Lumpur.

Akhir sekali daripada Marsya kepada semua guru-guru di Tadika Dinamik, Wangsa Melawati dan SRII Al Amin, Bkt Beruntung.

Semoga Allah Membalas Segala Jasa Kalian.

TERIMA KASIH CIKGU!

Thursday, May 14, 2009

Chicken Pox

Minggu ni macam-macam hal terjadi di kalangan kaum kerabat kengkawan sesama UITM dulu. Is dengan Bondanya yang hospitalised coz of diebatic, Yah pulak Bondanya hospitalised coz of heart problem. Kami pula diuji Allah s.w.t dengan Marsya dapat jangkitan chicken pox. Redha dengan segala ketentuanNya. Alhamdulillah dia dapat sekarang berbanding kalau dia terjangkit time tengah berkerja dulu tu lagi la haru. Mana nak kena apply cuti, sekurang-kurangnya mau seminggu la jugak. Nak ditinggalkan dengan Mak Timah (babysitter) takkannya boleh, kang berjangkit pula dengan anak-anak orang lain. Semua ini ada hikmahnya.

Frankly memang langsung tak ada experience dengan penyakit ni. Maklumlah time kita dulu dah lama so mana nak ingat. Afnan pun tak kena. Tapi Alhamdulillah, mujurlah ada Mak yang masih boleh berikan serba-sedikit petua. Seperti biasa air kelapa muda & sup ayam la hidangannya. Kesian pula tengok dia, kejap-kejap tergaru sana tergaru sini. Gatal sungguh la tu! Sabarlah ya Nak, Ibu dokan semoga cepat sembuh. Ni dah nak dekat exam, risau sungguh!

Wednesday, May 6, 2009

Hampers


Nak buat promosi sikit di blog ni boleh? Actually dah lama pun buat business ni tapi tak lah ramai sangat orang order. Macam gambar di atas ni adalah hamper for New Born. Order ni dapat dengan pertolongan hubby for one of the AmBank staff. Hamper ni biasanya dibuat based on budget pelanggan. Barangan yang terdapat di dalamnya hanya akan dipilih pada yang benar2 perlu. Biasanya akan ada sepasang baju, towel, booty, cap & soft toys. Brand tu kena ikut budget la. Kalau range RM150-200 tu boleh lah dapatkan brand yang bagus2 sikit macam Hallmark etc. Tapi jangan risau kalau budget yang sikit pun boleh juga cuma barangan tu taklah mahal sangat tapi yang pasti amat praktikal.



Ha! ini pulak hamper for Hari Raya. Cakap sajalah apa occasion semua boleh. Tapi semua order kenalah kasi masa sikit macam 1 minggu sebelum tempoh penghantaran. Paling cepat pun mungkin dalam tempoh 3 hari lah ya! Tak perlu risau mahal atau murah coz tempahan boleh dibuat ikut budget masing2. Itu yang lebih dititik-beratkan. OKlah, Selamat mengorder kepada sesiapa yang berminat.


Monday, April 27, 2009

Koleksi Orkid



Happy sungguh bila tengok koleksi pokok2 orkidku berbunga. Ada kisah sebenarnya di sebalik setiap satu jenis orkid ni. Hah! orkid yang bunganya merah ni dah kena perintah hukuman buang dah pun masa kami dapat dulu. Hidupnya cuma bersandarkan pada sebatang akar saja tapi sejarah dia berbunga tak dapat nak dikira berapa kali.




Yang bunga putih kecil2 ni pula adalah orkid hutan pemberian Hj Mat. Terima kasih Haji, tak mungkin lupa semua pokok2 pemberian Haji dulu. Pokok2 itulah yang menjadi himpunan koleksi tumbuh2an di rumah kami. InsyaAllah lepas ni kalau ada di antara koleksi sayur2an kami berbuah akan kami updatekan di sini ya. Koleksi sayur2an tu semuanya antara tanaman kesayangan hubbyku.

Interested To Order???




Ada sesiap interested nak order balang kuih ni? Harga??? Alamak belum kira lagi ler berapa sebiji. Actually balang ni buat for hadiah kenduri Lofti & Anna on April 11, 2009. Dah tau tau apa nak diberi sempena perkahwinan mereka so timbul idea nak buat balang ni since during the wedding day tu memang nak serve kerepek2 specially made by Aya's Mother-In-Law from Sg. Besar, Selangor. So timbullah idea ni, ok gak kan. Sesiapa yang berminat tu cakap jerlah nak warna apa ya!

Muffin oh! Muffin




Antara cubaan pertama buat muffin. Mana taknya sebelum ni memang teringin sangat nak buat muffin ni tapi apa kan dayaku belum pun ada oven idaman hati. Alhamdulillah setelah dihadiahkan hubby dengan oven idaman hatiku maka bolehlah terlaksana impian nak buat muffin nih. Malah bukan muffin saja bahkan lasagna, bingka roti, puding roti, dan pelbagai lagi dah boleh dibuat dengan adanya oven nih. Tunggu apa lagi jalankan experiment tapi kadarnya kena sekali seminggu takut plak bill letrik melambung kang dek asyik leka mencuba pelbagai resepi. Resepi ni diperolehi dari blog "hanieliza", tq so much memang menjadi (according to my standard ler .... so sekarang ni tak perlu beli muffin mix from Bagus lagi since dah boleh buat sendiri.

Wednesday, April 8, 2009

Happy Belated Birthday To Marsya



1st April hari tu genaplah umur Marsya 7 tahun. Dah semakin pandai nak bergaya anak dara yang seorang ni. Mana taknya semua tudung kita nak digayakannya. Dah perempuan tu perempuan juga la. Anyway, disebabkan terlalu sibuk dengan beberapa event langsung tak sempat nak update blog ni. To Marsya, Ibu doakan semoga dipanjangkan umur & insyaAllah akan menjadi anak yang solehah. Itu juga lah harapan Ayah.


Wednesday, February 11, 2009

Rindunya!



Perasaan rindu pada Afnan tiba2 datang pagi ni. Sihat ke dia? Setiap kali ambil dia dari asrama mesti dia batuk & suaranya pun berubah. Ni dah masuk bulan ke-2 dia di asrama nampak tu dia macam dah sesuai benar di situ. Ramai juga la kawan-kawannya yang dapat panggilan ke MRSM & lain sekolah berasrama penuh (panggilan ke-2). Bukan itu saja malah abang-abang Form 4 pun katanya dah berpindah ke sekolah lain termasuklah MRSM, Maahad dan lain-lain. Mana tidaknya seramai 16 orang yang dapat 9A tu semuanya daripada Aliran Agama. Harap-harap Afnan pun akan ikut jejak abang-abang tu juga lah ya! Semoga berjaya Ibu & Ayah doakan.

Wednesday, January 14, 2009

Breadmaker








Alhamdulillah akhirnya dapat juga aku memanafaatkan breadmakerku yang telah sekian lama tak bersentuh. As for 2nd try aku guna resepi basic bread so menjadi. Paling girang rasanya dapat menjamu keluarga dengan roti hasil buatan sendiri "halallan toiyibba". Marsya pulak bukan main suka nak2 kalau disapu dengan tuna. Makan pulak time masih panas pergggg... sunggguh menyelerakan.

Monday, January 12, 2009

2009 - Permulaan Bagi Kehidupanku Sebagai Suri Rumahtangga

2009 - mencatatkan sejarah dalam hidupku dengan menjadi suri rumahtangga sepenuh masa. Selama 15 tahun aku mengimpikan saat2 ini. Terlalu banyak perkara yang nak dibuat tapi masa amat singkat sekali. Aku mulakan hariku seawal 5.45 pagi bangun siapkan sarapan serta bekalan buat suami & Marsya. Alhamdulillah syukur aku padaNya kerana telah memakhbulkan permintaan kami agar Afnan dapat masuk ke asrama walaupun bukanlah sekolah berasrama penuh. Harapan kami dia boleh menyesuaikan dirinya di sana, inysyaallah.

Seronok sangat dapat menghantar sendiri Marsya ke sekolah. Riak di wajahnya jelas terpancar keriangan bila ibunya sendiri yang menghantar & menjemputnya. Alhamdulillah masa yang ada di antara pukul 8.00 pagi hingga 3.30 ptg tu aku cuba manafaatkannya sebaik mungkin. Selain cuba menguruskan hal2 rumahtangga, aku juga sempat menggandakan lagi ibadahku buat bekalan di hari kemudian.

Ramai yang cakap kalau sudah tidak bekerja rasa bosan akan datang. Tapi rasanya tidak buatku. Mungkin hati kecilku memang menunggu saat2 ini.