Friday, May 22, 2009

Kisah Orkid Lagi


Minggu ini langsung tidak berkesempatan untuk membelek pokok-pokok di halaman rumah. Dalam pada itu hati terpanggil untuk mencoretkan catatan tentang koleksi yang terbaru diberikan oleh Mak. Tentang namanya memang sesuatu yang amat lemah untuk diingati. Nak dibuat sedikit penyelidikan pun masih belum diizinkan. Tetapi kegirangan hati memaksaku mencoretkan tentang orkid ini. Harap ia akan hidup menghijau serta kerap berbunga. Hajat dihati ingin menambahkan lagi koleksi orkidku tapi tunggu lah di masa yang bersesuaikan.

Setiap kali lalu di Jalan Sg Choh, ada dijual pelbagai jenis orkid di situ. Kedudukannya bersebelahan gerai buah-buahan bertentangan stesyen minyak Shell. Hati ini melonjak-lonjak kegirangan. Cantik-cantik sungguh orkid-orkid di situ. Itu belum lagi ke Taman Orkid Antarabangsa di Serendah. Mau gila dibuatnya!

Monday, May 18, 2009

"Selamat Hari Guru"


Harap masih belum terlewat bagi kami mengucapkannya kepada semua guru-guru yang pernah mencurahkan keringat dan bakti mereka yang terhingga kepada kami. Tanpa mereka mungkin kami tidak akan ke mana. Syukur Alhamdulillah!

Di ruang maya ini ingin saya ucapkan ucapan keramat ini kepada semua guru-guru saya di Tadika Kemas, Masjid Abd Rahman, Sekolah Rendah & Menengah Father Barres Convent, Sg Petani, Sekolah Menengah Teknik, TAR, P. Pinang, Sekolah Menengah Ibrahim, Sg Petani.

Ucapan Jutaan terima kasih juga ingin disampaikan kepada semua guru suami saya di Sekolah Rendah (L) Jln Batu, KL, Sekolah Menengah Maxwell, KL.

Bagi pihak Afnan pula, ucapan ini ditujukan kepada semua guru-guru di Tadika Rasyad, Wangsa Melawati, SRK Wangsa Maju Seksyen 2, K. Lumpur dan SMK Segambut Jaya, K. Lumpur.

Akhir sekali daripada Marsya kepada semua guru-guru di Tadika Dinamik, Wangsa Melawati dan SRII Al Amin, Bkt Beruntung.

Semoga Allah Membalas Segala Jasa Kalian.

TERIMA KASIH CIKGU!

Thursday, May 14, 2009

Chicken Pox

Minggu ni macam-macam hal terjadi di kalangan kaum kerabat kengkawan sesama UITM dulu. Is dengan Bondanya yang hospitalised coz of diebatic, Yah pulak Bondanya hospitalised coz of heart problem. Kami pula diuji Allah s.w.t dengan Marsya dapat jangkitan chicken pox. Redha dengan segala ketentuanNya. Alhamdulillah dia dapat sekarang berbanding kalau dia terjangkit time tengah berkerja dulu tu lagi la haru. Mana nak kena apply cuti, sekurang-kurangnya mau seminggu la jugak. Nak ditinggalkan dengan Mak Timah (babysitter) takkannya boleh, kang berjangkit pula dengan anak-anak orang lain. Semua ini ada hikmahnya.

Frankly memang langsung tak ada experience dengan penyakit ni. Maklumlah time kita dulu dah lama so mana nak ingat. Afnan pun tak kena. Tapi Alhamdulillah, mujurlah ada Mak yang masih boleh berikan serba-sedikit petua. Seperti biasa air kelapa muda & sup ayam la hidangannya. Kesian pula tengok dia, kejap-kejap tergaru sana tergaru sini. Gatal sungguh la tu! Sabarlah ya Nak, Ibu dokan semoga cepat sembuh. Ni dah nak dekat exam, risau sungguh!

Wednesday, May 6, 2009

Hampers


Nak buat promosi sikit di blog ni boleh? Actually dah lama pun buat business ni tapi tak lah ramai sangat orang order. Macam gambar di atas ni adalah hamper for New Born. Order ni dapat dengan pertolongan hubby for one of the AmBank staff. Hamper ni biasanya dibuat based on budget pelanggan. Barangan yang terdapat di dalamnya hanya akan dipilih pada yang benar2 perlu. Biasanya akan ada sepasang baju, towel, booty, cap & soft toys. Brand tu kena ikut budget la. Kalau range RM150-200 tu boleh lah dapatkan brand yang bagus2 sikit macam Hallmark etc. Tapi jangan risau kalau budget yang sikit pun boleh juga cuma barangan tu taklah mahal sangat tapi yang pasti amat praktikal.



Ha! ini pulak hamper for Hari Raya. Cakap sajalah apa occasion semua boleh. Tapi semua order kenalah kasi masa sikit macam 1 minggu sebelum tempoh penghantaran. Paling cepat pun mungkin dalam tempoh 3 hari lah ya! Tak perlu risau mahal atau murah coz tempahan boleh dibuat ikut budget masing2. Itu yang lebih dititik-beratkan. OKlah, Selamat mengorder kepada sesiapa yang berminat.