Saturday, June 27, 2009

Meniti Usia 40an


Angka 40, mampukah aku cuba memperbaiki diri di kala usia sudahpun menempuhnya? Sentiasa berdoa agar Allah memberikan diri ini kekuatan luaran serta dalaman agar dapat memanafaatkan sisa-sisa usia yang kian hampir ke destinasi yang hakiki. Ya Allah! Kau permudahkanlah segala perjalanan kehidupanku ini. Ya Allah! Kau ampunilah segala dosa-dosa yang aku lakukan sepanjang hayatku. Ya Allah! Kau berkatilah segala amalanku. Harapan agar sentiasa diberikan niqmat kesihatan yang berpanjangan agar mampu menjalan tugas-tugas seharian yang telah Kau amanahkan.

Thursday, June 25, 2009

Rindu Aroma Masjidil Haram




Tanyalah pada sesiapa saja yang pernah menjejakkan kakinya ke Mekah & Madinah pasti terbayang kenangan di sana. Baik yang tua mahupun yang muda. Kini, dalam kesibukan jemaah haji pada tahun ini menyiapkan diri masing untuk menyahut seruan yang Maha Esa pasti hatiku tercuit rasa kerinduannya. Manik-manik putih amat cepat sekali mengalir jatuh ke pipi. Ya Allah! Aku rindu sekali aroma Masjidil Haram serta kedamaian Masjid Nabawi. Setiap hari doaku agar direstukanNya untuk kembali ke sana. Perasaan rindu mengalahkan kerinduan kepada seorang kekasih.

Esok, InsyaAllah aku bakal menyiapkan persiapan seorang lagi saudara kandungku yang bakal menyahut panggilanMu. "Permudahkanlah segala urusan mereka Ya Allah". Hati ini terasa puas walaupun hanya dapat membantu sedaya yang mampu. Terasa seolah-olah diri ini yang bakal melangkah pergi. Nostalgia di setiap lokasi pada setiap detik masih segar biarpun pengalaman itu telah berlalu hampir 2 tahun yang lalu.




Wednesday, June 24, 2009

Travelog Haji & Travelog Dakwah


Subhanallah!

Tersentak hati ni bila dah tamat baca buku-buku Prof Dr Muhd Kamil (Travelog Haji & Travelog Dakwah). Terkesan sungguh rasanya. Langsung tak terasa yang 2 buah buku tu mampu dihabiskan dalam masa tak sampai pun 4 hari. Kalau dulu nak habiskan sesebuah buku tu Ya Allah, Dialah yang maha mengetahui betapa lamanya. Mungkin ini salah satu niqmat yang diperolehi sejak bergelar suri rumahtangga.

TQ Prof kerana menghasilkan buku-buku motivasi yang berbentuk keislaman yang mampu menyentap hati kecil kebanyakan yang membacanya. Tak sabar rasanya nak tunggu hasil nukilan Prof yang seterusnya. Disarankan kepada sesiapa yang belum membacanya, cubalah baca. Bahasa yang santai, mudah difahami bagi orang kebanyakan. Yang paling penting bisa menitiskan airmata seseorang bukannya kerana pengalaman beliau tetapi lebih kepada mengkaji diri sendiri sejauh mana tanggungjawab kita terhadap PenciptaNya.

Monday, June 22, 2009

Lemon Rosemary Grilled Chicken



Sementelah anak bujang kami balik from asrama, terlintas di fikiran nak buat grilled chicken ni. Daun rosemary dah lama beli so kena cari ayam saya. For a start, minta tolong Nor Rudzi belikan 1/2 ekor (jadi ler buat kami 4 beranak untuk makan malam saja). Terima kasih Nor, jasamu dikenang tapi nak hulur seketul dah tak sempat, sedap kot anak2 makan habis. Tak apa nanti bila senang boleh buat lagi & itu jugak permintaan anak2. Alhamdulillah menjadi pulak tu, ditambah pulak potato salad + jagung bakar (alahai ada pun 2 jantung, boleh ler potong 2 so dapatlah 4 ketul). TQ to "Resepi Diana", cumanya instead of pakai seekor ayam, tapi just guna 1/2 ekor & dipotong 4 ketul. Tak lupa juga thanks to Mak Bonda yang tolong jawab on how long should I marinate ayam tu. Agaknya masa tu Mak ada di Trengganu bermain2 dgn penyu kot? Nak resepi? Silalah ke Blog "Resepi Diana", cari di western food rasanya, terlupa la pulak, maaf ya!

Monday, June 15, 2009

Bacaan Yassin

Alhamdulillah, syukur kehadrat PenciptaNya.

Seperti yang dihajati, dapat juga program ini dijalankan di rumahku pada hari Selasa (9 Jun 2009) jam 3.30 petang walaupun sepatutnya dijadualkan pada 3.00 petang. Ini adalah kerana hujan turun sebelum itu serta kelewatan Ustazah Norhayati tiba (nota : pertama kali beliau ke Bkt Sentosa). Seramai 10 orang jemaah Muslimah telah menghadirkan diri demi ingin menimba ilmu yang telah diusahakan oleh Biro Muslimah, Surau Ros 2. Ikutkan perancangannya program ini akan dijalankan setiap hari Selasa pada minggu pertama setiap bulan. Selain bacaan surah Yassin turut diselitkan juga tazkirah ringkas selama 30 minit.

Pada petang itu juadah ringkas turut dihidangkan kepada para jemaah yang hadir iaitu Maccaroni goreng, Karipap, Chocholate Chip Muffin, buah pisang serta Teh "O" sebagai pembasah tekak & pengalas perut.

Ucapan jutaan terima kasih ingin ditujukan kepada Ustazah Norhayati serta jemaah Muslimah yang telah hadir tempoh hari.

Cerita Cuti Sekolah

Di awal percutian kami sekeluarga pulang ke Sg. Petani, Kedah. Rindu sangat nak jumpa mak. Anak-anak pula rindu dengan sepupu-sepupu mereka. Tak banyak aktiviti yang kami jalan sewaktu di sana, ini kerana dugaan yang Allah Taala berikan kepada kami. Namun kami redha, mungkin ada hikmah di sebaliknya. Suamiku tiba2 diserang sejanis penyakit yang tak dapat dikesan walaupun menjalani ujian X-Ray & Scan. Kesian sungguh tengok dia menahan perit kesakitan namun apakan dayaku, yang termampu hanyalah menemaninya ke klinik & Hospital Pakar Metro setelah dicadangkan oleh 2 orang doktor dari 2 klinik yang berlainan.
Kami pulang ke Bkt Sentosa pada hari Khamis tetapi satu lagi musibah menimpa ketika mengutip rambutan pada pagi tersebut, suamiku terkena pula sengatan tebuan. Ya Allah! Terpaksalah dikejarkan pula dia ke klinik bagi mendapatkan suntikan (2 suntikan pula tu!). Seperti yang telah dirancang Afnan & Marsya kami tinggalkan di sana sementelah mereka ingin ikut rombongan dari Sg Petani ke Melaka. Tinggallah kami berdua .... honeymoon selalu!