As-salaam.
Setelah sekian lama menyepi tanpa sebarang update, saya berazam untuk kembali mencoret di blog yang telah bersawang akibat terlalu lama diabaikan. Kekangan masa serta tumbuhnya pelbagai medium terkini menjadikan saya terleka & dibuai di laman2 sosial tersebut.
Ucapan jutaan terima kasih ingin saya kalungkan kepada sahabat saya Annieza Hedzir yang telah menyuntik semangat baru untuk terus mencoret di sini. In sya Allah.
Selamat Malam Semua!
Saturday, February 22, 2014
Friday, April 1, 2011
Monday, January 3, 2011
Motivasi Minda Anak Soleh
Salam Semua.
Sudah agak sekian lama saya tak update blog ni. Yelah semenjak sibuk di Facebook. Tiba2 hari ini terasa nak buat posting. Kali ini tentang program Motivasi Minda Anak Soleh anjuran Surau Ros 2. Kedua2 anak kami turut serta di dalam program ini. Berlangsung pada 19 Dec, 2010 yg lalu. Semoga kalian menjadi anak2 yang soleh & solehah, insyaAllah


1st pic tu my hubby jadi bidan terjun giving tafsir surah Luqman while menantikan ketibaan Ustaz Rizal dari Bt Caves. 2nd pic tu pulak antara peserta kanak2 perempuan, yg pakai tudung oren tu is Marsya. My boy pulak was not able to capture pic dia since amatlah susahnya nak dpt snap pic dia.
Sudah agak sekian lama saya tak update blog ni. Yelah semenjak sibuk di Facebook. Tiba2 hari ini terasa nak buat posting. Kali ini tentang program Motivasi Minda Anak Soleh anjuran Surau Ros 2. Kedua2 anak kami turut serta di dalam program ini. Berlangsung pada 19 Dec, 2010 yg lalu. Semoga kalian menjadi anak2 yang soleh & solehah, insyaAllah
1st pic tu my hubby jadi bidan terjun giving tafsir surah Luqman while menantikan ketibaan Ustaz Rizal dari Bt Caves. 2nd pic tu pulak antara peserta kanak2 perempuan, yg pakai tudung oren tu is Marsya. My boy pulak was not able to capture pic dia since amatlah susahnya nak dpt snap pic dia.
Wednesday, November 17, 2010
Salam Eid Adha
Ucapan Selamat Eid Adha kepada kaum keluarga, sahabat handai serta seluruh muslimin & muslimat. Semoga kita mendapat keberkatan daripadanya, insyaAllah.
Terasa kerinduan yang menghampiri diri ini. Pengalaman 3 tahun lepas menjalani ibadah haji bersama-sama suami terasa begitu pantas berlalu. Semoga kami dapat mengekalkan malah mempertingkatkan amalan kami.
Friday, October 22, 2010
Kancil oh! Kancil
Pagi-pagi lagi Kancil dah buat hal. Mungkin bateri dah lemah so almost 1/2 of the day tersadai tepi jalan. Glamour sekejap jadi model kereta yang dah takkan dikilangkan lagi oleh Perodua. Mujur ada jiran-jiran yang perihatin sanggup call & hulurkan bantuan. Allah permudahkan segalanya, Terima kasih semua yang membantu, jasa kalian amat kami hargai.
Sunday, August 22, 2010
17
Wednesday, August 18, 2010
Hamper Telekung

Alhamdulillah biz telekung ni boleh dikatakan tiap2 bulan ada orang order, mungkin ada barakahnya. Baru-baru ni ada a fren of mine order 2 helai telekung ziarah for her MIL & berhajat minta buatkan special delivery right to her MIL's doorstep. Tqsm Zue, you're one of my valued customer. To those interested please let me know ya!
Monday, August 9, 2010
Bingka Jagung Resepi Bondaku
Saturday, June 26, 2010
41
Syukur Alhamdulillah diberikanNya peluang untuk mencecahkan usiaku ke angka ini. Tiada apa yang ku harapkan melainkan dikurniakan dengan niqmat kesihatan & kebahagian dalam meniti hari-hari mendatang demiMu yang Maha Esa.
Ucapan terima kasih kepada ahli keluarga serta sahabat handai yang tak jemu-jemu memberi ucapan tahniah dsbnya. Ingatan kalian amat dihargai.
Wednesday, May 19, 2010
Kuih Bakar
telah tersalah tarikh .... maklumlah sejak tidak berkerja
tarikh memang selalu bawa masalah yang besar
pada saya
Hemmm .... rasanya dah lama betul tak update blog. Antara tiada idea, masa & kadang-kalanya internet buat hal. Apa-apa pun kali ni saja buat posting on this my trial of making the "Kuih Bakar". Sebenarnya ini merupakan cubaan kedua. Looks ok, cuma patut digaringkan lebih sedikit di bahagian atasnya. Resepi??? Got it from far, Gee (Riyadh), tqsm.
Monday, February 1, 2010
1st trial cupcakes (Auntie Grace Recipe)
This is my 1st trial buat cupcakes resepi given by Auntie Grace. Sukatan semua pakai cups & spoon so very simple cuma rasanya kena kurangkan sikit tepung so that dia tak merekah di atas & maybe lebihkan sikit gula since got some comments from hubby that it should be manis sikit, which I think its true enough. Sebagai sampingan since entah kenapa pada hari tu terlebih rajin so teringan nak try buat cream caremal using steam bake method. cuma tak guna whipping cream as per the original receipe given. Tapi menjadi juga cuma mungkin perlu tambahkan masa lebih sikit sikit baking it.
Happy Belated Birthday!
To Shafiq & Haziq "Happy Belated Birthday" to both of you. Sorry, Ateh terlewat nak update blog ttg birthday party both of you on last 24 Jan 2010. Anyway harap dikurniakan hari-hari yang indah di samping Mama & Bapak. Dapat birthday gift apa form Mama & Bapak?
"Birthday Boys" together with the younger cousins
Monday, January 18, 2010
Kek Gulung
Percubaan pertama buat kek gulung. Is - tqsm kasi resepi tempohari. Hasilnya boleh tahan juga since sekali hadap jer dah selesai kami anak-beranak makan. Nampak gayanya selepas ini kena buat 2 adunan lah, baru cukup.
Kek gulung yang telah dipotong & sedia dimakan
Monday, November 2, 2009
Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Tahun!
To Marsya : Ibu & Ayah doakan semoga adik berjaya dengan cemerlang.
To Afnan : Perbaiki kelemahan yang lalu ya!
Pesanan Ibu dan Ayah "Allah sentiasa bersama orang-orang yang sentiasa berusaha & sabar"
To Afnan : Perbaiki kelemahan yang lalu ya!
Pesanan Ibu dan Ayah "Allah sentiasa bersama orang-orang yang sentiasa berusaha & sabar"
Monday, October 5, 2009
Birthday wish to my hubby
"Selamat Ulang Tahun" Ina ucapkan semoga diberkati hidup dengan bertambahnya usia Abang. Maaf tiada hadiah istimewa tahun ni since kalau beri hadiah pun Abang juga yang akan membayarnya so sekadar ingatan dan ucapan yang tulus ikhlas daripada seorang isteri.
Saturday, August 22, 2009
16
16 tahun melayari bahtera bersama suami tercinta. Terasa begitu cepat masa berlalu, tetapi itulah hakikatnya. Sesuatu yang pasti kita tidak berupaya mengulangi masa yang berlalu pergi. Yang pasti jarak waktu yang berbaki ini ingin dilalui dengan penuh rasa keinsafan serta cuba sedaya upaya menyemai rasa kasih sayang yang lebih mendalam di antara kami. Semoga dimakhbulkanNya, InsyaAllah.
Abang ucapan "Jutaan terima kasih buatmu yang sentiasa membimbing diri ini yang serba kekurangan, semoga Dia sahaja yang mampu membalasnya. Bersamalah kita lalui hari-hari yang berbaki ini sebagai suatu ibadah demi menuju ke suatu destinasi yang hakiki".
Tuesday, July 21, 2009
Zarina's Pizza

Dah lama betul tak update blog. Bukannya apa sibuk sikit tapi tak tahu apa yang sibuk sangat tu. Last week cuba buat pizza tapi jangan tak tahu bukannya sendiri ulu tapi my breadmaker yang tolong ulikan. Cubaan pertama "sedap" kata anak-anak & hubby. On Sunday buat lagi for Intan Nur Izzati's (niece) birthday.
Saturday, June 27, 2009
Meniti Usia 40an

Angka 40, mampukah aku cuba memperbaiki diri di kala usia sudahpun menempuhnya? Sentiasa berdoa agar Allah memberikan diri ini kekuatan luaran serta dalaman agar dapat memanafaatkan sisa-sisa usia yang kian hampir ke destinasi yang hakiki. Ya Allah! Kau permudahkanlah segala perjalanan kehidupanku ini. Ya Allah! Kau ampunilah segala dosa-dosa yang aku lakukan sepanjang hayatku. Ya Allah! Kau berkatilah segala amalanku. Harapan agar sentiasa diberikan niqmat kesihatan yang berpanjangan agar mampu menjalan tugas-tugas seharian yang telah Kau amanahkan.
Thursday, June 25, 2009
Rindu Aroma Masjidil Haram


Tanyalah pada sesiapa saja yang pernah menjejakkan kakinya ke Mekah & Madinah pasti terbayang kenangan di sana. Baik yang tua mahupun yang muda. Kini, dalam kesibukan jemaah haji pada tahun ini menyiapkan diri masing untuk menyahut seruan yang Maha Esa pasti hatiku tercuit rasa kerinduannya. Manik-manik putih amat cepat sekali mengalir jatuh ke pipi. Ya Allah! Aku rindu sekali aroma Masjidil Haram serta kedamaian Masjid Nabawi. Setiap hari doaku agar direstukanNya untuk kembali ke sana. Perasaan rindu mengalahkan kerinduan kepada seorang kekasih.
Esok, InsyaAllah aku bakal menyiapkan persiapan seorang lagi saudara kandungku yang bakal menyahut panggilanMu. "Permudahkanlah segala urusan mereka Ya Allah". Hati ini terasa puas walaupun hanya dapat membantu sedaya yang mampu. Terasa seolah-olah diri ini yang bakal melangkah pergi. Nostalgia di setiap lokasi pada setiap detik masih segar biarpun pengalaman itu telah berlalu hampir 2 tahun yang lalu.
Subscribe to:
Posts (Atom)






