Wednesday, January 14, 2009

Breadmaker








Alhamdulillah akhirnya dapat juga aku memanafaatkan breadmakerku yang telah sekian lama tak bersentuh. As for 2nd try aku guna resepi basic bread so menjadi. Paling girang rasanya dapat menjamu keluarga dengan roti hasil buatan sendiri "halallan toiyibba". Marsya pulak bukan main suka nak2 kalau disapu dengan tuna. Makan pulak time masih panas pergggg... sunggguh menyelerakan.

Monday, January 12, 2009

2009 - Permulaan Bagi Kehidupanku Sebagai Suri Rumahtangga

2009 - mencatatkan sejarah dalam hidupku dengan menjadi suri rumahtangga sepenuh masa. Selama 15 tahun aku mengimpikan saat2 ini. Terlalu banyak perkara yang nak dibuat tapi masa amat singkat sekali. Aku mulakan hariku seawal 5.45 pagi bangun siapkan sarapan serta bekalan buat suami & Marsya. Alhamdulillah syukur aku padaNya kerana telah memakhbulkan permintaan kami agar Afnan dapat masuk ke asrama walaupun bukanlah sekolah berasrama penuh. Harapan kami dia boleh menyesuaikan dirinya di sana, inysyaallah.

Seronok sangat dapat menghantar sendiri Marsya ke sekolah. Riak di wajahnya jelas terpancar keriangan bila ibunya sendiri yang menghantar & menjemputnya. Alhamdulillah masa yang ada di antara pukul 8.00 pagi hingga 3.30 ptg tu aku cuba manafaatkannya sebaik mungkin. Selain cuba menguruskan hal2 rumahtangga, aku juga sempat menggandakan lagi ibadahku buat bekalan di hari kemudian.

Ramai yang cakap kalau sudah tidak bekerja rasa bosan akan datang. Tapi rasanya tidak buatku. Mungkin hati kecilku memang menunggu saat2 ini.

Tuesday, October 21, 2008

Haji - Dec 2007







Sekali lagi ingin kami panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kehadrat Ilahi di atas jemputannya buat kali ke-2 ke tanah suci. Sememangnya sejak kembali ke M'sia hati kami terasa amat dekat sekali dgn bumi tanah kelahiran junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Tanpa berlengah lagi kami terus ambil keputusan untuk membuat rayuan bagi mempercepatkan pemergian kami ke tanah suci tapi kali ni untuk melangsaikan tuntutan ke-5 Rukun Islam. Teruja sangat tapi itulah kenyataannya. Al-hamdulillah kami dipanggil lagi tapi pada kali ni hanya kami berdua yang menghambakan diri menyempurnakan rukun ke-5 ni. Pemergian kami diuruskan oleh Cantumas Travel & Tours.

Umrah - March 2007








Al-hamdullilah kami sekeluarga berserta Mak & Ita akhirnya dapat juga menunaikan hajat kami ingin menjejakkan kaki kami ke Tanah Suci. Pemergian kami telah diruruskan oleh Andalusia Travel & Tours. Mungkin bagi Mak pengalaman ni agak berbeza daripada pengalaman mengerjakan haji & umrah sebelum ni coz kali ni dia dapat ke tanah suci ditemani anak, menantu serta cucunya sendiri. Kami beruntung dapat jugak tanya Mak based on pengalaman dia yang terdahulu walaupun dah almost 10 tahun.