Monday, April 27, 2009

Muffin oh! Muffin




Antara cubaan pertama buat muffin. Mana taknya sebelum ni memang teringin sangat nak buat muffin ni tapi apa kan dayaku belum pun ada oven idaman hati. Alhamdulillah setelah dihadiahkan hubby dengan oven idaman hatiku maka bolehlah terlaksana impian nak buat muffin nih. Malah bukan muffin saja bahkan lasagna, bingka roti, puding roti, dan pelbagai lagi dah boleh dibuat dengan adanya oven nih. Tunggu apa lagi jalankan experiment tapi kadarnya kena sekali seminggu takut plak bill letrik melambung kang dek asyik leka mencuba pelbagai resepi. Resepi ni diperolehi dari blog "hanieliza", tq so much memang menjadi (according to my standard ler .... so sekarang ni tak perlu beli muffin mix from Bagus lagi since dah boleh buat sendiri.

No comments: