Friday, May 22, 2009

Kisah Orkid Lagi


Minggu ini langsung tidak berkesempatan untuk membelek pokok-pokok di halaman rumah. Dalam pada itu hati terpanggil untuk mencoretkan catatan tentang koleksi yang terbaru diberikan oleh Mak. Tentang namanya memang sesuatu yang amat lemah untuk diingati. Nak dibuat sedikit penyelidikan pun masih belum diizinkan. Tetapi kegirangan hati memaksaku mencoretkan tentang orkid ini. Harap ia akan hidup menghijau serta kerap berbunga. Hajat dihati ingin menambahkan lagi koleksi orkidku tapi tunggu lah di masa yang bersesuaikan.

Setiap kali lalu di Jalan Sg Choh, ada dijual pelbagai jenis orkid di situ. Kedudukannya bersebelahan gerai buah-buahan bertentangan stesyen minyak Shell. Hati ini melonjak-lonjak kegirangan. Cantik-cantik sungguh orkid-orkid di situ. Itu belum lagi ke Taman Orkid Antarabangsa di Serendah. Mau gila dibuatnya!

No comments: