Monday, June 15, 2009

Bacaan Yassin

Alhamdulillah, syukur kehadrat PenciptaNya.

Seperti yang dihajati, dapat juga program ini dijalankan di rumahku pada hari Selasa (9 Jun 2009) jam 3.30 petang walaupun sepatutnya dijadualkan pada 3.00 petang. Ini adalah kerana hujan turun sebelum itu serta kelewatan Ustazah Norhayati tiba (nota : pertama kali beliau ke Bkt Sentosa). Seramai 10 orang jemaah Muslimah telah menghadirkan diri demi ingin menimba ilmu yang telah diusahakan oleh Biro Muslimah, Surau Ros 2. Ikutkan perancangannya program ini akan dijalankan setiap hari Selasa pada minggu pertama setiap bulan. Selain bacaan surah Yassin turut diselitkan juga tazkirah ringkas selama 30 minit.

Pada petang itu juadah ringkas turut dihidangkan kepada para jemaah yang hadir iaitu Maccaroni goreng, Karipap, Chocholate Chip Muffin, buah pisang serta Teh "O" sebagai pembasah tekak & pengalas perut.

Ucapan jutaan terima kasih ingin ditujukan kepada Ustazah Norhayati serta jemaah Muslimah yang telah hadir tempoh hari.

No comments: